Ketahui Apa Yang Telah Dilakukan Oleh PM Najib Razak Sepanjang Beliau Menjadi Perdana Menteri

Ketahui Apa Yang Telah Dilakukan Oleh PM Najib Razak Sepanjang Beliau Menjadi Perdana Menteri

Diterbitkan pada Mac 14, 2012 oleh .

Sepertimana yang kita tahu, tahun ini merupakan tahun akan berlakunya Pilihanraya ke 13.  Corak carian di Google Malaysia setiap minggu juga sekarang sudah mula menampakkan bahang pilihanraya yang mana banyak kata carian berdasarkan isu politik, antaranya Lynas, Anwar Ibrahim, AUKU malah blog politik Papagomo dan terma carian ‘What Is Bersih’ tersenarai dalam senarai carian terhangat Google Malaysia sepanjang 2011.

Terbaru, laman yang memfokuskan mengenai apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Najib Razak sepanjang beliau memerintah telah diperlihatkan.

Menerusi laman web ini, setiap pelancaran dan aktiviti yang dilakukan beliau telah dimuatkan didalam bentuk pautan kearah sumber berita seperti The Star, berita berdasarkan gambar seperti imgURL.

Pelawat laman web hanya perlu menekan butang dibawah Sumber Berita untuk mengetahui lebih perkara berkenaan apa yang telah dilakukan beliau.Pengguna juga boleh menghantar berita berkaitan dengan apa yang telah dilakukan menerusi satu borang ringkas yang hanya menanyakan Tajuk Utama dan Sumber.

6 bulan sebelum ini kami telah memperlihatkan aplikasi berasaskan web yang boleh menunjukkan sama ada pengguna Twitter itu menyokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Kami menjangkakan perang siber menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan menjadi lebih hangat dari musim pilihanraya sebelum ini. Semestinya lebih banyak berita dan kempen internet akan dilakukan menjelang pilihanraya ini.


TIPS & ULASAN