Cari @ Amanz

Mozilla, pembangun disebalik Firefox, hari ini secara rasminya telah pun mengumumkan pelancaran pelayar web terbaru mereka, Firefox 11, membawakan beberapa fungsi tambahan baru padanya. Bagi yang sedia menggunakan Firefox 10, anda akan menerima kemaskini dalam masa terdekat, selewatnya esok, manakala pengguna lain, boleh memuat-turun dan mengunakannya serta-merta.

Melalui Firefox 11, ia memfokuskan kepada pengguna Chrome yang ingin beralih kepada Firefox, dimana Firefox 11 menyertakan sokongan mudah untuk mengimport data-data daripada Chrome dengan mudah, termasuk sejarah pelayaran, bookmark, kata-laluan, dan pelbagai tetapan yang lain lagi.

Untuk pembangun pula, Firefox 11 terus menambah lagi sokongan HTML5 dan juga CSS3 mereka, disamping membawakan beberapa penambahan, termasuk Style Editor, dan juga sokongan melihat halaman web dan menyemaknya dalam bentuk 3D.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun pelayar web terkini daripada Mozilla ini secara percuma untuk platform Windows, Linux dan juga Mac OS X.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd