Carian
MilkADeal Bergabung Tenaga Dengan HiShop Malaysia
March 14, 2012 Aman

Bagi para pengguna tempatan, laman tawaran harian, MilkADeal mungkin salah satu nama yang telah selalu kedengaran. Dan HiShop merupakan salah satu laman yang memfokuskan kepada tawaran diskaun untuk barangan berjenama dan berkualiti tinggi. Menariknya, kedua-dua syarikat ini, telah pun mengumumkan kerjasama strategik, sekaligus menguntungkan kedua-dua jenama tersebut.

Berbeza dengan selalunya, kedua-dua jenama ini akan terus beroperasi atas nama masing-masing. Namun, dengan kerjasama kedua-dua pihak ini, ia akan memudahkan mereka menawarkan produk dan tawaran satu sama lain dengan lebih meluas lagi.

Untuk makluman, MilkADeal merupakan antara laman jualan harian yang popular dikalangan pengguna tempatan, hasil kerjasama mereka bersama pihak Nuffnang, manakala HiShop mempunyai pengikut mereka tersendiri, yang mana telah pun menerima pelaburan daripada Crystal Horse Investments sebelum ini.

Mungkin kita akan terus dapat melihat kedua-dua pihak mendapat keuntungan hasil kerjasama ini, dan bersaing dengan sihat dikalangan syarikat tawaran harian di Malaysia.

Komen