Hari ini, IDC telah pun mengeluarkan data terkini mereka, dimana meramalkan jualan tablet dunia akan berubah dalam masa beberapa tahun lagi, dan dipegang oleh platform Android menjelang pada tahun 2016. Untuk makluman semua, jualan tablet pada masa sekarang, dipegang kukuh oleh platform iOS, iaitu iPad daripada Apple.
Antara pesaing popular dengan platform Android, adalah Kindle Fire daripada Amazon, Galaxy Tab daripada Samsung dan juga Transformer Prime daripada Asus. Terdapat puluhan lagi tablet lain keluaran pelbagai pengeluar seluruh dunia, memperlihatkan, Android mempunyai peluang cerah dalam pasaran tablet.
Namun, salah satu perkara yang tidak disertakan dalam ramalan tersebut adalah tablet platform Windows 8 yang mana akan memasuki pasaran bermula daripada penghujung tahun ini.
Windows 8 seperti semua sedia maklum, telah pun dioptimasikan sepenuhnya untuk peranti sentuh, dan beberapa pengeluar telah pun menyatakan sokongan, dengan ura-ura Nokia akan menjadi antara terawal yang akan memperkenalkan tablet tersebut.