REDtone Menandatangani Perjanjian Bersama TM Dalam Menawarkan Perkhidmatan HSBB

REDtone Menandatangani Perjanjian Bersama TM Dalam Menawarkan Perkhidmatan HSBB

Diterbitkan pada Mac 14, 2012 oleh .

Nampaknya, kedudukan Telekom Malaysia sebagai peneraju utama rangkaian internet jalur-lebar akan terus kekal lama lagi, dimana setelah Maxis dan juga P1 menandatangani perjanjian bersama TM, hari ini, REDtone turut sama menandatangani perjanjian berkaitan HSBB bersama dengan Telekom Malaysia.

Melaluinya, ia membolehkan REDtone menggunakan infrastruktur Telekom Malaysia, dalam menawarkan pakej mereka kepada lebih 1.3 juta premis yang sedia telah diliputi oleh rangkaian HSBB di Malaysia. Walaubagaimanapun, REDtone lebih mensasarkan pengguna SME buat masa ini.

Perkara ini juga akan terus mengukuhkan kedudukan REDtone dalam dunia jalur-lebar dan tawaran penggunaan data. Menurut pihak REDtone, kelak, mereka akan turut sama menawarkan perkhidmatan HSBB bersama-sama dengan 4G LTE.

REDtone dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan HSBB mereka kepada umum bermula daripada bulan Julai ini, sementara Maxis telah pun sedia menawarkan Maxis Home, dan P1 dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan mereka pada penghujung bulan ini.


TIPS & ULASAN