ChronoZoom Membawakan Pelbagai Informasi Sejarah Dalam Bentuk Visual

ChronoZoom Membawakan Pelbagai Informasi Sejarah Dalam Bentuk Visual

Diterbitkan pada Mac 15, 2012 oleh .

Dengan dunia web yang semakin maju dan bergerak pantas, kini Microsoft Research, dengan bekerjasama bersama beberapa pihak, memperkenalkan sebuah aplikasi ringkas untuk mengikuti perkembangan sejarah daripada dahulu kala sehingga ke hari ini, secara interaktif, melalui sebuah projek yang dinamakan ChronoZoom.

Idea utama aplikasi ChronoZoom adalah dalam membantu para pengguna memahami pelbagai perkara dan informasi berkaitan dengan sejarah, dan boleh mengikutinya secara berperingkat daripada hanya satu lokasi.

Melalui ChronoZoom, ia menawarkan maklumat sejarah, sejak daripada lebih kurang 13.7 billion tahun yang lalu, yang mana seterusnya melalui beberapa fasa, seperti sejarah kosmik, sejarak bumi, sejarah manusia dan sebagainya secara berperingkat.

Web ChronoZoom didatangkan dalam bentuk HTML5, memudahkan para pengguna melayari laman tersebut melalui pelbagai pelayar web terkini. Ia juga amat sesuai untuk digunakan dalam pembelajaran, dan para pengguna umum yang meminati dan ingin mengetahui sejarah.

Bagi anda yang berminat, mungkin anda boleh lihat garis masa sejarah alam melalui ChronoZoom, disamping berkongsi dengan rakan-rakan, mahupun ahli keluarga anda yang lain,


TIPS & ULASAN