Google+ Hangout Kini Mengintegrasikan Sokongan Google Docs

Google+ Hangout Kini Mengintegrasikan Sokongan Google Docs

Diterbitkan pada Mac 15, 2012 oleh .

Google terus menambah beberapa perkara baru pada laman sosial mereka, dimana terkini Google+ Hangout membawakan sokongan integrasi Google Docs padanya, membolehkan anda bekerjasama dengan rakan-rakan lain dengan mudah, dalam membangunkan ataupun mengikuti sesuatu dokumen itu.

Melalui Google+ Hangout, kini ia menyertakan butang khas Docs, membolehkan anda untuk menambah dokumen sedia ada, ataupun membuat dokumen yang baru, ketika sedang bersama rakan-rakan anda yang lain. Perkara ini, sekaligus memudahkan anda berkolaborasi bersama rakan-rakan anda yang lain dengan lebih interaktif lagi.

Sebelum ini sendiri, Google telah mengintegrasikan sokongan kerjasama pada Google Docs, dan dengan integrasi pada Google+ Hangout, ia membolehkan anda melihat rakan-rakan anda pada masa-nyata, sekaligus membawakan sokongan kerjasama kepada suatu tahap yang lebih baru lagi.

Perkara ini semestinya merupakan salah satu fungsi yang amat berguna untuk organisasi, perusahaan dan juga mereka dalam bidang pendidikan. Jadi, adakah Google+ akan mula mendapat tempat dihati pengguna melalui fungsi ini?


TIPS & ULASAN