Samsung Galaxy S3 Bakal Dilancarkan Pada Bulan Jun Kelak?

Samsung Galaxy S3 Bakal Dilancarkan Pada Bulan Jun Kelak?

Diterbitkan pada Mac 15, 2012 oleh .

Selepas gambaran pertama untuk peranti Samsung Galaxy S3 dikeluarkan beberapa minggu yang lepas, kini gambaran artistik untuk peranti Samsung Galaxy S3 yang serba baru, berdasarkan pelbagai ura-ura yang kedengaran sebelum ini mula kelihatan di arena web.

Walaubagaimanapun, berkemungkinan besar, peranti akhir kelak mungkin tidak akan menyerupai apa yang diperlihatkan ini. Buat masa ini, beberapa perkara yang diketahui berkaitan dengan Galaxy S3 adalah termasuk akan membawakan sistem operasi Android Ice Cream Sandwich, skrin seluas 4.8-inci dengan HD Super AMOLED Plus, cip pemprosesan empat-teras 1.5 (atau 1.8) GHz, kamera belakang 12-megapixel, dan menyertakan rekabentuk badan berasaskan seramik.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah Samsung akan mengumumkannya secara rasmi buat masa ini, namun ramai pihak mensasarkannya pada bulan Jun kelak.


TIPS & ULASAN