Anonymous Melancarkan Sistem Operasi Tersendiri – Anonymous-OS

Anonymous Melancarkan Sistem Operasi Tersendiri – Anonymous-OS

Diterbitkan pada Mac 15, 2012 oleh .

Anonymous merupakan salah satu kumpulan hacktivist yang tidak asing lagi di arena internet, dan terdiri daripada ribuan ahli dari seluruh dunia. Terkini, sebuah sistem operasi dilancarkan oleh ahli mereka, dinamakan sebagai Anonymous OS, yang mana dibangunkan berdasarkan kepada sistem operasi Ubuntu.

Menurut pembangunnya daripada halaman rasmi mereka pada Tumblr, sistem operasi ini dibangunkan untuk tujuan pembelajaran, membolehkan para pengguna menguji keselamatan sesuatu laman web itu dengan mudah. Pelbagai aplikasi berkaitan sekuriti dan keselamatan turut disertakan pada Anonymous-OS, termasuk Anonymous HOIC, Ddosim, Sqlmap, SqlPoison, Admin Fidner, dan banyak lagi.

Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan menggunakan distro tersebut daripada Anonymous, selain mana turut boleh mencuba BackTrack Linux yang turut membawakan beberapa fungsi berkaitan sekuriti padanya.

Kemaskini : Pihak Anonymous telah mengeluarkan kenyataan, supaya tidak memuat-turun fail tersebut.


TIPS & ULASAN