Cari @ Amanz

Semalam Sony memperlihatkan 4 buah peranti Android terkini mereka.Xperia S ,U, P dan Sola. Dari keempat ini  cuma Xperia S  yang  bakal dijual pada masa terdekat iaitu bermula hari ini . Xperia S ialah peranti yang mempunyai spesifikasi yang tertinggi dan dikeluarkan sebagai pesaing terdekat peranti Android paling laris masa kini iaitu Samsung Galaxy SII .Mari kita lihat spesikasinya dibawah.

Dengan pemproses dua teras 1 Ghz, XPeria mempunyai kelebihan berbandinSGS2. Jumlah RAM pula setanding. Dari segi optik  pula kamera 12 MP Xperia juga lebih baik dari SGS2. Malang sekali Xperia S mnggunakan paparan skrin LCD sahaja. Sungguhpun begitu dengan kepadatan pixel dan resolusi skrin Xperia S jauh lebih tinggi. Akhir sekali bateri peria S ialah sebesar 1750 mAh berbanding 1650 mAh pada SGS2.Diatas kertas jelas sekali spesifikasi Xperia S lebih baik.

Pro – Kelebihan

  • Pemproses dua teras 1.5 Ghz memastikan Xperia S menjadi sebuah perantia yang berkuasa
  • Xperia S ialah peranti yang mampu memainkan Permainan Komputer Playstaion
  • Kamera 12 MP dengan Bravia Engine mengambil gambar yang cantik. Tiada shutter lag dan gambar boleh diambil tanpa perlu menunggu. Dari posisi terkunci anda boleh mengambil gambar dengan menekan butang kamera dan ini hanya mengambil masa sebanyak 1.5 saat
  • Skrin berkepadatan pixel yang tinggi
  • Rekabentuk unik dengan bahagian bawah yang lutsinar.
  • Bateri boleh dibuka dan digantikan
  • Output HDMI, kemampuan DLNA serta Bravia Synch

Kontra – Kekurangan

  • Masih menggunakan Android Gingerbread
  • Tiada pilihan mengubah keterangan skrin scara automatik
  • Skrin masih lagi menggunakan LCD
  • Peranti empat teras bakal dikeluarkan HTC tidak lama lagi dan bakal membuatkan spesifikasi peranti dua teras XPERIA S kurang menarik
  • Menggunakan sim mikro

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd