Nampaknya, pembangun disebalik TED kini memfokuskan membawa kandungan video yang dihasilkan oleh mereka kepada pelbagai platform, dimana setelah memperkenalkannya untuk platform iOS sebelum ini, hari ini mereka turut melancarkan aplikasi tersebut untuk platform Android, membolehkan para pengguna Android menikmati aplikasi tersebut pada telefon pintar atau tablet mereka.
Sama seperti pada versi web mahupun pada versi iPad, TED menawarkan aplikasi mereka secara percuma untuk Android, membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai video-video menarik berkaitan pelbagai perkara, dari pelbagai latar belakang berkongsi idea-idea dan pendapat mereka kepada dunia.
Dalam menawarkan aplikasi ini, TED turut sama mendapat sokongan pihak Sony dalam membangunkannya.
Bagi mereka yang berminat mendapatkan aplikasi ini, anda boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play hari ini, dan menggunakannya pada peranti Android anda, dan mengikuti pelbagai tajuk dan idea menarik yang dibawakan melaluinya.