Google Flights Memperluaskan Sokongan Ke Destinasi Seluruh Dunia

Google Flights Memperluaskan Sokongan Ke Destinasi Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Mac 16, 2012 oleh .

Jikalau di Malaysia, kita ada laman Fleapy yang menawarkan pelbagai maklumat berkaitan dengan tiket penerbangan dan sebagainya untuk lokasi disekitar Asia Pasifik, Google pula mempunyai perkhidmatan seumpamanya dipanggil Google Flights. Setelah hanya menyokong penerbangan domestik di Amerika, kini mereka memperluaskan perkhidmatan dengan menyokong penerbangan antarabangsa.

Walaubagaimanapun, apa yang disokong hanyalah untuk penerbangan daripada Amerika ke luar negara sahaja, sebaliknya penerbangan dari Malaysia ke negara lain, malah penerbangan didalam negara masih tidak diaktifkan oleh mereka buat masa ini.

Jadi, sebagai alternatif untuk Google Flights, mungkin anda boleh menggunakan Fleapy untuk penerbangan dalam negara dan juga ke negara-negara lain berdekatan, ataupun cuba sendiri Google Flights.

Mungkinkah suatu hari nanti Fleapy diambil-alih oleh gergasi Google dan menambah data mereka pada perkhidmatan Google Flights?


TIPS & ULASAN