(Video) Samsung SmartTV Dengan Sokongan Input Suara Dan Gerakan

(Video) Samsung SmartTV Dengan Sokongan Input Suara Dan Gerakan

Diterbitkan pada Mac 16, 2012 oleh .

Pada acara Samsung Forum 2012 yang diadakan di Bangkok sejak daripada semalam, salah satu perkara yang turut sama dipertontonkan kepada para hadirin adalah televisyen pintar Samsung generasi baru yang didatangkan dengan sokongan input suara dan juga sokongan gerakan (seumpama Kinect dari Microsoft).

Seperti semua sedia maklum, Samsung merupakan jenama terkemuka dalam pasaran televisyen, dan merupakan pemegang saham paling besar dalam pasaran televisyen tempatan.

Melalui televisen pintar generasi baru ini, ia turut didatangkan dengan sokongan kamera terbina, membolehkan ia mengenal-pasti gerakan dan wajah, sekaligus memudahkan anda untuk mengawal televisyen tersebut, mahupun mengakses profail internet anda.

Samsung SmartTV ES8000 ini telah pun mula dijual dibeberapa negara, dan masih tidak diketahui bilakah ianya akan hadir ke pasaran tempatan. Bersama-sama dengannya, ia turut didatangkan dengan cip pemprosesan dwi-teras (yang kami tidak mengetahui penggunaanya untuk apa), serta ruangan storan yang besar terbina padnaya.


TIPS & ULASAN