Bagi para pengguna tempatan, TonTon bukanlah suatu laman yang asing bagi anda, dimana ia menawarkan kandungan video yang ditayangkan pada kaca televisyen saluran Media Prima, dan juga beberapa kandungan video eksklusif tempatan melaluinya.
TonTon Kini Mempunyai Lebih 2 Juta Pengguna
Kini, ALT Media, syarikat disebalik TonTon telah pun mengumumkan yang mana mereka telah pun mencapai lebih daripada 2 juta pengguna berdaftar yang menggunakan perkhidmatan mereka. Sejak dilancarkan, TonTon telah dikunjungi oleh lebih daripada 29 juta pengunjung, dan merupakan antara angka yang besar untuk laman yang baru berusia 18 bulan.
Pada tahun ini, mereka dijangka akan memperluaskan tawaran video mereka dengan menambah beberapa kandungan daripada negara Asia berhampiran, seperti Korea, Indonesia dan sebagainya, selain turut menambah saluran pendidikan, dinamakan sebagai TonTon Learn.