Setelah beberapa spekulasi dan ura-ura mengatakan kerajaan akan mengenakan cukai perkhidmatan 6% untuk pengguna pra-bayar bermula daripada bulan Julai ini, akhirnya SKMM telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka masih tiada sebarang perancangan sebegitu lagi buat masa ini.
Menurut SKMM mereka masih lagi belum mengeluarkan sebarang memo atau notis kepada penyedia telekomunikasi seluruh negara berkaitan dengan perkara ini lagi buat masa ini. SKMM mengeluarkan kenyataan tersebut setelah beberapa ura-ura mengatakan SKMM akan mengaktifkan perkara tersebut bermula daripada bulan Julai ini.
SKMM turut menambah mereka sedang berbincang dengan aktif bersama beberapa pihak dalam mencari penyelesaian untuk perkara tersebut buat masa ini.
Sebelum ini, pada September lepas, selepas ramai pengguna seluruh negara meluahkan perasaan tidak suka dengan implementasi cukai perkhidmatan sebanyak 6% untuk pengguna talian pra-bayar, perkara tersebut telah ditangguhkan sehingga ke hari ini.
Terima kasih Farid.