Cari @ Amanz

Dengan kejayaan Galaxy S2 yang menjadi telefon pintar Android daripada Samsung yang paling berjaya, kini ramai yang menantikan kemaskini kepada peranti tersebut, iaitu Galaxy S3 yang dijangka akan membawakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya. Setelah beberapa gambar konsep diperlihatkan sebelum ini, kini salah seorang perekabentuk turut memperlihatkan gambar konsep daripada beliau.

Melalui gambar konsep tersebut, ia membawakan rekabentuk dengan skrin sentuh penuh daripada bucu ke bucu, skrin bersaiz 4.8-inci, dan juga didatangkan bersama-sama dengan Android Ice Cream Sandwich.

Sehingga ke hari ini, Samsung masih lagi tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengan peranti utama Android daripada mereka itu. Namun, beberapa ura-ura mengatakan ia bakal dilancarkan sekitar bulan Jun kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd