Cari @ Amanz

Command & Conquer merupakan salah satu permainan bergenrekan strategi yang popular dikalangan pemain video seluruh dunia. Dan hari ini, setelah menguji secara tertutup untuk beberapa lama, akhirnya Electronic Arts telah pun melancarkan Command & Conquer Tiberium Alliances dalam bentuk beta terbuka.

Untuk makluman, permainan yang diperkenalkan oleh EA ini adalah berasaskan pelayar web, berbeza dengan permainan mereka sebelum ini yang memerlukan anda memasangnya pada komputer sebelum dapat memainkannya.

Melalui permainan Command & Conquer Tiberium Alliances yang ditawarkan melalui pelayar web ini, ia membolehkan para pengguna membangunkan negara mereka tersendiri dan mula mendominasi dunia dengan menyerang dan mengambil-alih kawasan-kawasan milik pemain lain.

Walaubagaimanapun, jikalau dibandingkan dari segi kualiti dan permainannya, ia masih tidak setaraf dengan permainan versi komputer mereka. Namun, perkara ini adalah biasa, memandangkan mereka terpaksa mengurangkan beberapa kualiti grafik dalam membolehkan ianya dimainkan terus pada pelayar web komputer, mahupun tablet anda.

Jadi, bagi anda yang berminat, boleh mencubanya sendiri dengan mengakses halaman rasmi Command & Conquer Tiberium Alliances dan mula bermain dengan rakan-rakan anda yang lain, terus melalui pelayar web.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd