Cari @ Amanz

Nampaknya, Samsung Galaxy S3 merupakan salah satu peranti hangat yang dinantikan ramai. Awal hari ini, kami telah pun berkongsi akan gambaran konsep yang dibawakan oleh salah seorang perekabentuk, dan kini, melalui laman Reddit, gambar awal Galaxy S3 mula kelihatan melalui sebuah paparan slaid.

Namun, ia berkemungkinan hanyalah sebuah gambar palsu, dan mungkin tidak benar. Tiada sebarang perkara yang disahkan buat masa ini, dan paparan slaid tersebut datangnya daripada salah satu agensi perhubungan awam, dimana salah satu klien mereka adalah Samsung.

Pada gambar tersebut juga, turut sama diperlihatkan adalah tarikh 22 Mei 2012, berkemungkinan adalah tarikh pelancaran peranti tersebut. Melalui gambar yang diperlihatkan, ia memperlihatkan Galaxy S3 akan membawakan skrin sentuh dari bucu ke bucu, selain turut menyertakan sebuah butang fizikal padanya. Pada masa yang sama, dibawa butang fizikal, kelihatan adalah speaker, mungkin turut memfokuskan kepada pengguna yang mengutamakan untuk menonton video melaluinya. Butang khas untuk kamera turut disertakan padanya untuk memudahkan rakaman gambar.

Walaubagaimanapun, seperti kami katakan pada awal tadi, kemungkinan gambar ini adalah palsu adalah tinggi. Untuk memastikan kebenarannya, kita mungkin perlu nantikan sebulan dua lagi sebelum Samsung sendiri mengumumkannya secara rasmi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd