Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, Apple telah pun memulakan jualan iPad di Singapura semalam, dan hari ini, para peminat Microsoft telah pun mendapati pihak Apple seperti meniru slogan yang digunakan pada laman Zune pada laman produk mereka, iTunes.

Slogan yang berbunyi “Your Entertainment, Everywhere” itu telah digunakan untuk sekian lama oleh Zune, dan kini Apple turut sama meniru Microsoft dengan menggunakan slogan sama pada laman iTunes.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru, dimana pada tahun lepas, ramai peminat Android menyatakan yang mana iOS mula meniru fungsi-fungsi pada sistem operasi Android. Pada masa yang sama, ia turut dilaporkan yang mana Apple iPod Nano Chromatic pada tahun 2009 kelihatan sama seperti Zune 4 yang dikeluarkan pada tahun 2007.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd