Cari @ Amanz

Dengan hadirnya Windows 8, semua pembangun seluruh dunia mula memfokuskan kepada pembangunan aplikasi Metro yang digunakan sebagai perkara utama pada Windows 8. Dan supaya para pembangun tempatan tidak ketinggalan, Microsoft Malaysia kini menganjurkan TechDays Metro Day pada 23 Mac kelak.

Melaluinya, beberapa perkara akan dibincangkan, termasuk bagaimana mereka-bentuk aplikasi untuk Windows 8, serta membangunkannya. Turut sama diadakan pada hari tersebut adalah bagaimana membangunkan aplikasi Windows Phone.

Bagi anda yang berminat untuk menghadiri dan mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana untuk membangunkan aplikasi Metro, mungkin boleh mendaftarkan diri hari ini, dan menghadirkan diri pada 23 Mac kelak di KLCC.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd