Mozilla Firefox 12 Beta Sedia Untuk Diuji Oleh Semua

Mozilla Firefox 12 Beta Sedia Untuk Diuji Oleh Semua

Diterbitkan pada Mac 17, 2012 oleh .

Dengan pelancaran Firefox 11 pada awal minggu ini, kini pembangunan pelayar web sumber terbuka daripada Mozilla itu telah pun memasuki fasa seterusnya, dimana para pengguna yang berminat boleh memuat-turun versi pembangunan pelayar web Firefox versi akan datang, iaitu Firefox 12 Beta.

Firefox 12 Beta membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya, termasuk sokongan kawalan baru untuk media HTML5 (audio dan juga video). Panel kawalan baru kelihatan lebih menarik dengan beberapa butang baru, termasuk sokongan untuk melihat video HTML5 dalam bentuk skrin penuh dengan mudah.

Pada masa yang sama, Mozilla turut sama memfokuskan kepada para pembangun, dengan membawakan lebih daripada 85 perkara baru untuk para pembangun. Buat masa ini tiada sebarang fungsi baru diperkenalkan, tetapi kebanyakkan aplikasi sedia ada dikemaskini dan ditambah baik lagi.

Semestinya ini bukan fungsi terakhir pada Firefox 12 kelak, dan memandangkan ia masih dalam pembangunan, pelbagai perkara baru akan didatangkan bersama-sama versi akhirnya kelak dalam masa enam minggu lagi. Sementara itu, anda boleh memuat-turun Firefox 12 Beta hari ini, dan mencuba beberapa perkara baru yang didatangkan bersama dengannya.


TIPS & ULASAN