Pandang Pertama : Samsung Galaxy S WiFi 4.2

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S WiFi 4.2

Diterbitkan pada Mac 17, 2012 oleh .

Pada acara Mobile World Congress yang diadakan pada penghujung Februari yang lepas, Samsung telah pun secara rasminya mengumumkan Samsung Galaxy S WiFi 4.2 kepada umum, dan kami telah berkesempatan menghabiskan beberapa minit bersama peranti tersebut pada Samsung Forum 2012 yang diadakan di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Peranti yang dilabelkan dibawah keluarga peranti untuk mengakses internet ini memfokuskan kepada memudahkan para pengguna memainkan video dan audio, selain pada masa yang sama mengakses pelbagai aplikasi dan juga melayari internet dengan mudah.

Seperti telefon pintar mereka, ia turut menggunakan Android, dan dijana menggunakan Android Gingerbread padanya. Cuma berbeza daripada telefon pintar mereka adalah ia tidak boleh digunakan untuk membuat panggilan. Namun, perkara ini mungkin boleh diatasi dengan aplikasi seperti Skype, Google+ Hangout+, ataupun aplikasi yang dibangunkan tempatan seperti YesLife dan sebagainya.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin seluas 4.2-inci WVGA TFT, cip pemprosesan 1.0GHz, kamera 2-megapixel. Ia turut didatangkan dengan kandungan tambahan daripada EA, iaitu permainan eksklusif untuknya.

Apabila ditanya berkenaan bilakah Galaxy S WiFi akan tiba ke Malaysia, Samsung mengatakan mereka mensasarkan pada suku tahun kedua. Namun ia masih lagi pada peringkat perbincangan awal, dan mungkin tarikh tersebut akan berubah kelak.


TIPS & ULASAN