Samsung Ingin Memfokuskan Menambah Aplikasi Tempatan Untuk SmartTV

Samsung Ingin Memfokuskan Menambah Aplikasi Tempatan Untuk SmartTV

Diterbitkan pada Mac 17, 2012 oleh .

Pada acara Samsung Forum 2012 yang diadakan di Bangkok, Thailand ini, Samsung telah pun mengumumkan yang mana mereka adalah pengeluar dan memegang pasaran televisyen dan juga televisyen pintar di Malaysia dan beberapa negara berhampiran. Dan sepanjang tahun 2012 ini, mereka ingin memfokuskan kepada meningkatkan lagi aplikasi tempatan yang dibangunkan untuk Samsung SmartTV.

Buat masa ini, terdapat sebanyak 8 aplikasi yang dibangunkan untuk Samsung SmartTV daripada Malaysia. Ia termasuklah aplikasi daripada The Star, Bernama dan beberapa lagi yang lain, memfokuskan kepada pengguna tempatan.

Sepanjang tahun 2012 ini, Samsung ingin meningkatkan lagi bilangan aplikasi yang ditawarkan untuk pengguna tempatan, dan mereka mensasarkan untuk menyertakan lebih kurang 20 aplikasi tempatan menjelang pertengahan tahun ini, dan antara 30 hingga 40 aplikasi tempatan menjelang penghujung tahun ini.

Antara kategori aplikasi yang disasarkan untuk dibangunkan bersama-sama pembangun tempatan adalah termasuk aplikasi untuk perbankan, filem dan wayang, serta untuk penerbangan. Mereka juga mensasarkan untuk membawakan sokongan Video On Demand (VOD) untuk para penonton tempatan.

Sebelum itu, Samsung turut sama telah mengumumkan kerjasama bersama pihak Viki dalam menawarkan kandungan video bersama SmartTV mereka, dan mensasarkan untuk membawakannya kepada para pengguna tempatan. Namun, tiada sebarang tarikh rasmi dinyatakan buat masa ini.


TIPS & ULASAN