Angry Birds telah menjadi salah satu permainan yang dikenali hampir semua pengguna peranti pintar seluruh dunia, dan ada yang telah bosan dengannya. Namun, untuk menarik kembali semua pemain, baru dan lama, kini Rovio berusaha mempromosikan sepenuhnya permainan terbaru mereka yang akan dilancarkan pada minggu hadapan, Angry Birds Space.
Setelah beberapa video promosi berkenaan dengan Angry Birds : Space dikeluarkan oleh mereka, hari ini, Rovio memuat-naik video baru ke laman YouTube mereka, mempromosikan watak burung berwarna merah, disamping memperlihatkan permainan ringkas pada Angry Birds : Space.
Melalui Angry Birds : Space, Rovio membawakan permainan baru yang dipengaruhi graviti, dan disasarkan untuk menetapkan sebuah standard permainan baru. Ia bakal dilancarkan secara rasminya pada 22 Mac kelak, selain turut membawakan kandungan eksklusif bersama pihak Samsung, melalui Galaxy Note.