Cari @ Amanz

Rekabentuk 3D merupakan salah satu perkara yang semakin meningkat naik popularitinya, dengan filem dan poster yang mula mengintegrasikannya, dan tidak ketinggalan beberapa peranti yang didatangkan dengan sokongan 3D. Dan untuk memudahkan penghasilan grafik 3D, Adobe mengintegrasikannya dengan lebih baik pada Photoshop Extended versi akan datang.

Seperti beberapa video promosi memperlihatkan sebahagian daripada fungsi sebelum ini, pada minggu ini, Adobe memperlihatkan sokongan 3D pada Photoshop Extended yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna merekabentuk objek 3D dengan menambah efek dan sebagainya dengan lebih mudah lagi berbanding program rekabentuk yang lain di pasaran.

Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui berkenaan tarikh rasmi bilakah ianya akan dikeluarkan dan dilancarkan kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd