Gambar Awal Peranti Samsung Galaxy S3 Mula Kelihatan

Gambar Awal Peranti Samsung Galaxy S3 Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Mac 18, 2012 oleh .

Nampaknya, sambungan daripada semalam, selepas gambaran slaid berkaitan dengan Samsung Galaxy S3 mula kelihatan, kini gambar awal yang dikatakan sebagai Samsung Galaxy S3 mula kelihatan, dan hadirnya daripada laman forum terkemuka, Reddit. Namun, seperti biasa, ia masih tidak dapat disahkan adakah ianya benar ataupun palsu.

Menurut pengguna yang berkongsi akan gambar tersebut, beliau mendapatkannya daripada rakan beliau yang bekerja di Samsung. Mengikut apa yang dikatakan, ia akan menyertakan cip pemprosesan Exynos 4412 (empat-teras), skrin Super AMOLED Plus HD, kamera 12-megapixel, RAM sebanyak 2gb, dan setebal 8mm, dan didatangkan dengan bateri berkapasiti 2250mAh.

Namun seperti biasa, ia masih pada kategori ura-ura dan masih belum dapat dipastikan sepenuhnya. Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak gambar-gambar berkaitan dengan Galaxy S3 dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN