Cari @ Amanz

Seperti mana yang dikatakan sebelum ini, nampaknya Negaraku.my telah pun mula beroperasi dalam bentuk beta bermula daripada hari ini. Sebelum ini, pihak pembangunnya mensasarkan untuk melancarkan pada 1 April, tetapi kini mereka telah pun mula beroperasi lebih awal lagi, serta membuka peluang kepada semua untuk mengujinya.

Melalui Negaraku.my yang baru, ia membawakan rekabentuk yang serba baru, serta dijana menggunakan WordPress (sebelum ini menggunakan Pligg). Pada kali ini, kawalan kandungan yang dipaparkan juga dikawal dengan lebih baik lagi, dimana sebarang artikel dengan gambaran gadis seksi, yang menyokong barangan lanun digital, pornografi, dan sebagainya tidak akan dipaparkan melaluinya.

Pendaftaran juga dimudahkan, dimana para pengguna boleh mendaftar menggunakan akaun Facebook, Twitter, Google ataupun sebarang akaun lain sedia ada. Penghantaran artikel juga amat mudah dan pantas berbanding sebelumnya.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui samada adakah Negaraku.my akan mengeluarkan sokongan widget seperti sebelum ini ataupun tidak. Dan pada halaman utama mereka, ia masih memaparkan yang mana laman tersebut masih dalam proses ujian beta lagi buat masa ini. Mungkin anda boleh menguji Negaraku.my hari ini, dan memberikan maklumbalas kepada pembangunnya dalam menjadikan laman tersebut lebih menarik lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd