Ulasan : PunchFork Memudahkan Anda Menemui Resipi Baru

Ulasan : PunchFork Memudahkan Anda Menemui Resipi Baru

Diterbitkan pada Mac 18, 2012 oleh .

Kandungan dibawakan oleh JB Food Club. Layari laman JB Food Club untuk ketahui dengan lebih lanjut berkaitan makanan-makanan tempatan, terutamanya di Johor Bahru.

Mencari resipi adalah salah satu perkara yang dilakukan oleh para pencinta makanan melalui internet. Seperti semua sedia maklum, untuk berkongsi makanan dan gambarnya terdapat beberapa aplikasi seperti FoodSpotting dan sebagainya, manakala untuk mereka yang gemar memasak dan mencari resipi, PunchFork merupakan salah satu pilihan menarik untuk anda.

Melalui PunchFork, ia membawakan pelbagai jenis resipi, dimana turut terdapat adalah beberapa resipi makanan daripada Malaysia. Ia berfungsi sebagai salah satu aggregator ringkas, membolehkan anda melihat resipi daripada pelbagai sumber terus pada PunchFork. Punchfork boleh diakses melalui pelayar web dengan mudah, tetapi bagi mereka yang berada di dapur, mungkin aplikasi mudah-alih lebih sesuai digunakan pada iPhone mahupun iPad anda.

Jadi, bagi anda yang meminati memasak, dan mencari resipi-resipi baru, mungkin boleh mencuba resipi yang terdapat pada PunchFork, ataupun memuat-turun aplikasinya daripada Apple AppStore hari ini.

Kandungan dibawakan oleh JB Food Club. Layari laman JB Food Club untuk ketahui dengan lebih lanjut berkaitan makanan-makanan tempatan, terutamanya di Johor Bahru.


TIPS & ULASAN