Rocket Internet Bakal Melancarkan Lazada Malaysia Tidak Lama Lagi

Rocket Internet Bakal Melancarkan Lazada Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 18, 2012 oleh .

Nampaknya, syarikat Jerman, Rocket Internet semakin aktif di rantau ini akhir-akhir ini. Pada minggu lepas, mereka telah melancarkan laman Lazada di Indonesia, dan nampaknya mereka turut sama bakal melancarkan perkhidmatan Lazada di Malaysia dalam masa terdekat. Buat masa ini, mereka telah pun memulakan promosi melalui laman Facebook dan Twitter untuk Lazada Malaysia.

Melalui laman Lazada, ia menawarkan pelbagai peralatan elektronik, barangan sukan dan sebagainya melalui laman mereka, dimana para pengguna boleh membeli, dan menerimanya terus di rumah mereka tanpa sebarang kos tambahan.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah Lazada Malaysia akan dilancarkan, dan dengan promosi yang telah mula dilakukan melalui laman Facebook dan Twitter, mungkin kita akan dapat melihatnya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN