RapidShare Diarah Untuk Mengawal Kandungan Yang Dimuat-Naik Kepadanya

RapidShare Diarah Untuk Mengawal Kandungan Yang Dimuat-Naik Kepadanya

Diterbitkan pada Mac 19, 2012 oleh .

Suku tahun pertama ini, berita berkaitan dengan laman perkongsian fail terus menjadi salah satu topik utama yang dibincangkan hangat. Setelah MegaUpload di tutup pada tempoh hari tanpa sebarang notis awal, kini mahkamah di Jerman telah mengeluarkan arahan kepada RapidShare untuk menapis kandungan berhak-cipta pada laman mereka dengan lebih aktif lagi.

Perkara ini merupakan lanjutan daripada bulan lepas, dimana RapidShare telah pun mula mengenakan had kelajuan sebanyak hanya 30Kbps untuk muat-turun yang dilakukan oleh pengguna tidak berbayar.

Mengikut mahkamah tersebut, ia meminta RapidShare mengesahkan sesebuah fail sebelum ia diterbitkan dan dikongsikan pada laman tersebut. Namun, memandangkan ianya sesuatu yang sukar, mungkin kita akan melihat sebuah alternatif baru daripada pihak RapidShare.

RapidShare merupakan salah satu laman yang telah berfungsi untuk sekian lama, menawarkan akaun berbayar pada kelajuan muat-turun tanpa had, berbanding pengguna percuma. Buat masa ini, tiada tindakan mematikan perkhidmatan diambil ke atas laman tersebut, memandangkan ia menggunakan model perniagaan yang berbeza dengan MegaUpload, yang mana MegaUpload menawarkan bayaran kepada para pengguna yang memuat-naik fail dan mendapat angka muat-turun yang tinggi melaluinya.

Selain daripada RapidShare, beberapa laman lain turut kini dibawah pemerhatian pihak berkuasa disana dan mungkin berita berkaitan laman perkongsian fail akan terus hangat sepanjang tahun ini.

TIPS & ULASAN