Apple iPad Baru Cepat Menjadi Panas?

Apple iPad Baru Cepat Menjadi Panas?

Diterbitkan pada Mac 19, 2012 oleh .

iPad baru baru sahaja dimulakan jualannya pada penghujung minggu lepas di Singapura dan Amerika Syarikat, dan kini beberapa pengguna iPad telah pun mengeluarkan komen dan maklumbalas, mengatakan bahagian bawah kiri iPad baru tersebut cepat menjadi panas apabila digunakan untuk suata ketika, berbeza dengan versi-versi sebelum ini.

Melalui beberapa laman dan juga forum Apple sendiri, para pengguna melaporkan yang mana apabila mereka menggunakan iPad baru itu untuk suatu masa yang lama (lebih kurang 20 minit), ianya mula menjadi sedikit hangat, dan juga tidak begitu selesa dipegang.

Buat masa ini, pihak Apple masih belum mengeluarkan kenyataan berkenaan dengannya, dan tidak diketahui apakah masalah disebaliknya lagi.

Di Malaysia, ia tidak diketahui lagi bilakah iPad generasi baru itu akan tiba. Namun, beberapa ura-ura mengatakannya akan tiba di Malaysia pada minggu pertama bulan Mei kelak.


TIPS & ULASAN