Cari @ Amanz

Ulasan: Command & Conquer Tiberium Alliances

Link Copied!

Beberapa hari yang lalu, permainan Real-Time Strategy (RTS) yang terunggul, Command & Conquer telah melancarkan permainan terbaru mereka: Tiberium Alliances. Berbanding dengan versi dan francais sebelum ini, Tiberium Alliances merupakan permainan berasaskan Web dan mengaplikasikan teknologi HTML5. Dibawah adalah video reviu Tiberium Alliances yang menerangkan sedikit sebanyak berkenaan permainan ini.

Untuk kualiti yang jelas, sila tekan mod HD/720p kerana video ini dirakamkan pada saiz 1280 x 720 jadi anda dapat melihat gambar dengan lebih jelas.

Permainan ini dilihat menggunakan prinsip yang sama dengan kebanyakan permainan di Facebook. Sebagai contoh Cafe World, pemain dikehendaki mengumpul tiga sumber utama iaitu Tiberium (untuk membuat dan menaiktaraf bangunan), Crystals (untuk membeli/menaiktaraf unit) dan Power (digunakan untuk bangunan dan unit) menggunakan Harvester. Dan setiap bangunan dilihat dapat memberi bonus keatas bangunan-bangunan yang berhampiran.

Sebagai contoh

  1. Untuk memperoleh bonus Power, Power Plant itu perlu diletakkan bersebelahan Accumulator & Crystal
  2. Untuk memperoleh bonus Harvester (tidak kira keatas Crystal atau Tiberium), Silo perlu dibina berhampiran
  3. Untuk mempercepat pendapatan Credit, Refinery yang dibina mesti bersebelahan Tiberium & Power Plant

Justeru, kebanyakan bangunan saling berkaitan. Pada permulaan permainan, pemain akan dibekalkan dengan unit-unit asas dan perlu melakukan Research bergantung kepada Research Points. Research Points ini diperoleh hanya melalui perlawanan.

Cara Menyerang

Buat masa ini, tiada lagi perlawanan antara pemain. Pemain akan menyerang kubu lawan (The Forgotten). Sebelum menyerang, pemain wajib membeli unit dan askar untuk menyerang kubu musuh. Unit/askar yang telah dibeli akan diletakkan di atas grid 4 x 9 dimana setiap serangan akan dikenali sebagai Wave dan setiap Wave berikutnya akan bermula 10 saat sebelum Wave terdahulu. Dengan ini pemain perlu merangka strategi untuk meletakkan askar/unit yang sesuai pada setiap Wave serangan. Sebaik butang serang ditekan, pemain tidak boleh berbuat apa-apa kecuali melihat askar mereka menyerang kubu musuh.

Cara Bertahan

Pemain perlu menetapkan barisan pertahanan kubu mereka. Kubu ini akan digunakan apabila pemain menerima serangan dari pemain lain. Perlu diingatkan kekuatan kubu bergantung kepada kekuatan unit pertahanan justeru, pemain diingatkan untuk menaiktaraf unit pertahanan seiring tahap yang telah dicapai.

Ulasan

Permainan ini menarik kerana ia memberikan nafas baru kepada permainan klasik. Pembangun memanfaatkan sepenuhnya teknologi HTML5 dan membolehkan permainan ini dinikmati oleh para pemain tanpa perlu melalui proses instalasi, kecuali pelayar internet yang moden. Akan tetapi, permainan sebegini dikhuatiri membuatkan pemain cepat bosan sekiranya pemain perlu menunggu sebelum melakukan sesuatu. Untuk makluman, kesemua pendapatan sumber sekurang-kurangnya mengambil masa beberapa minit. Ini kerana pembangun permainan mahukan wang dari pemain sekiranya ingin naik ketahap seterusnya pada masa singkat.

Jangan lupa sertai Alliance AmanzMY di Server World 4, Europe.


Komen ()