Rovio Memperkenalkan Watak Ice Bird Pada Angry Birds Space

Rovio Memperkenalkan Watak Ice Bird Pada Angry Birds Space

Diterbitkan pada Mac 19, 2012 oleh .

Dengan hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum pelancaran permainan Angry Birds : Space, Rovio terus mempromosikan permainan yang bakal dilancarkan pada 22 Mac itu, serta memperkenalkan watak-watak baru dalam permainan tersebut. Terbaru, mereka memperkenalkan watak Ice Bird yang akan didatangkan bersama-sama dengan Angry Birds.

Melalui watak baru ini, ia membolehkan para pengguna membekukan sesuatu kawasan, dan kemudian seterusnya, menggunakan watak burung seterusnya dengan memecahkan sesuatu halangan itu dengan mudah.

Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak kejutan daripada pembangun permainan Angry Birds itu melalui versi Space yang bakal dilancarkan pada hari Khamis ini pada pelbagai platform. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN