JoliCloud Memudahkan Pengurusan Data Di Internet Melalui JoliCloud Me

JoliCloud Memudahkan Pengurusan Data Di Internet Melalui JoliCloud Me

Diterbitkan pada Mac 20, 2012 oleh .

Salah satu perkara yang ingin dilakukan oleh Google, dan Facebook adalah menjadi salah sau identiti atas talian anda, dan menguruskan pelbagai perkara dan dokumen anda di internet dengan mudah. Namun, lebih awal daripada kedua-dua gergasi ini, pembuat sistem operasi berasaskan awan, JoliCloud hari ini memperkenalkan JoliCloud Me Beta.

Sebelum ini, JoliCloud menjadi antara yang terawal memperkenalkan sokongan awan pada sistem operasi mereka, disamping turut sama memperkenalkan sokongan aplikasi dan sebagainya. Kami sendiri telah menggunakannya untuk suatu masa yang agak lama, disamping integrasi Google Docs dan juga Dropbox padanya, disamping log masuk menggunakan akaun Facebook serba sebanyak memudahkan pengurusan pelbagai perkara.

Dan kini, pembangunnya bergerak selangkah kehadapan, dengan memperkenalkan JoliCloud Me dalam bentuk beta tertutup. Melalui JoliCloud Me, ia memfokuskan dalam menjadi satu singgahan untuk pelbagai perkara dan data anda di laman web, disamping menguruskannya dengan menarik mengikut kategori masing-masing, dan memaparkannya dalam bentuk seperti pada komputer pengguna, terus pada pelayar web.

Buat masa ini, JoliCloud Me membolehkan pengguna menambah data daripada Facebook, Flickr, Instagram, Picasa dan juga Twitter padanya, dan dijangka pelbagai perkhidmatan lain akan ditambah dari semasa ke semasa padanya.

Dengan menambah setiap akaun padanya, para pengguna boleh mengakses pelbagai perkara yang dikongsikan mereka pada setiap laman sosial tersebut dengan mudah dan lebih tersusun terus pada JoliCloud Me.

Menariknya, para pengguna juga boleh melihat akaun rakan-rakan anda dengan mudah terus melalui JoliCloud Me, lebih kurang sama seperti bagaimana sokongan Share Computer berfungsi pada komputer biasa.

Kesemua ini dijayakan oleh JoliCloud Me terus pada pelayar web, disamping turut memperkenalkan aplikasi untuk iOS dan juga Android, untuk memudahkan akses perkara-perkara berkaitan terus pada peranti mudah-alih.

Dengan pengenalan ini juga, mungkin JoliCloud akan menjadi salah satu perkara yang diinginkan oleh pelbagai gergasi atas-talian, termasuk Facebook dan juga Google. Namun, perkara tersebut masih lagi tidak dapat dijangkakan, dan mempunyai pelbagai fasa lagi untuknya.

Jadi, bagi anda yang ingin mengujinya, mungkin boleh memohon akses beta pada laman rasmi JoliCloud Me, dan menantikan jemputan anda diterima, dan seterusnya, menggunakannya dalam mengakses dan menguruskan data anda dengan lebih mudah dan efisyen lagi.


TIPS & ULASAN