Windows 8 Disasarkan Pelancarannya Pada Oktober 2012

Windows 8 Disasarkan Pelancarannya Pada Oktober 2012

Diterbitkan pada Mac 20, 2012 oleh .

Setelah pelancaran Windows 8 Consumer Preview kepada umum pada bulan lepas, kini seperti yang diperkatakan sebelum ini, Bloomberg melaporkan yang mana Microsoft mensasarkan untuk melancarkan Windows 8 versi akhir dan stabil bersama-sama dengan PC dan tablet baru mereka menjelang bulan Oktober ini.

Sejak daripada tahun lepas, Oktober 2012 dikatakan sebagai tarikh pelancaran untuk Windows 8, yang mana didatangkan bersama-sama dengan antarmuka Metro padanya.

Buat masa ini, Microsoft masih tidak mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Sebelum ini, Microsoft hanya sekadar mengatakan mereka akan mengeluarkan kemaskini baru setiap tiga tahun, dan bulan Oktober 2012 ini, genap tiga tahun sejak Windows 7 dilancaran kepada umum.


TIPS & ULASAN