Cari @ Amanz

Zynga Ingin Membeli Syarikat Disebalik Aplikasi Permainan Draw Something

Oleh Aman

Link Copied!

Draw Something telah menjadi salah satu fenomena baru di arena sosial, membolehkan anda bukan sahaja bermain dengan rakan-rakan anda, tetapi disamping pada masa yang sama mempelajari pelbagai kosa kata baru. Menariknya, kini ia dikatakan Zynga, salah satu syarikat permainan sosial yang sememangnya popular, dalam perbincangan untuk mengambil-alih OMGPOP, syarikat disebalik aplikasi Draw Something itu.

Selain Zynga, beberapa syarikat lain turut sama mensasarkan untuk membeli OMGPOP, termasuk dikatakan adalah salah satu syarikat permainan daripada Jepun, iaitu GREE. Dengan populariti Draw Something yang semakin meningkat dari hari ke hari, ia dikatakan harga OMGPOP mungkin mencecah sekitar $150 hingga $250 juta kelak.

Buat masa ini, ia masih dikatakan pada peringkat awal, dan masih tidak diketahui samada adakah OMGPOP akan menjualnnya ataupun tidak.


Komen ()