Xadira Melancarkan Permainan Super Tiny Flight Untuk iOS

Xadira Melancarkan Permainan Super Tiny Flight Untuk iOS

Diterbitkan pada Mac 20, 2012 oleh .

Mungkin bagi yang mengikuti perkembangan aplikasi tempatan, mengenali akan pembangun permainan tempatan, Xadira Games. Hari ini, mereka menambah sebuah aplikasi permainan baru daripada mereka, dinamakan sebagai Super Tiny Flight, yang mana dikhaskan untuk pengguna peranti iOS buat masa ini.

Melalui permainan tersebut, ia menggunakan sokongan grycoscope terbina, membolehkan para pengguna mengerakkan peranti mereka dalam mengelak pelbagai halangan, dan pada masa yang sama mengumpul mata untuk permainannya. Memandangkan ia turut diintegrasikan bersama Game Center, mungkin anda boleh bersaing dengan rakan-rakan yang lain dalam bermain permainan tersebut.

Walaubagaimanapun, dalam percubaan kami selama beberapa minit, kami menjadi agak bosan selepas memainkannya. Berkemungkinan kerana tiada sistem tahap, dan permainan yang tidak menjadi sukar, serta perkara sama sahaja yang berulang. Mungkin kerana permainan ini disasarkan kepada pengguna kanak-kanak dan sebagainya, kami tidak pasti.

Namun begitu, lagi satu kelemahan pada permainan tersebut adalah cara bagaimana ia memperlihatkan iklan padanya. Ianya bukanlah sesuatu perkara yang salah untuk memperlihatkan iklan, tetapi cara pembangunnya memasukkan dan melihatkan iklan agak menganggu, dimana berbanding selalunya iklan diperlihatkan pada bahagian atas atau bawah aplikasi, melalui permainan ini, ia diperlihatkan pada bahagian tengah, sekaligus menganggu permainan tersebut secara keseluruhannya.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Super Tiny Flight ini daripada Apple AppStore hari ini, dan memainkannya sendiri.


TIPS & ULASAN