Firefox 13 Aurora Didatangkan Dengan Rekabentuk Halaman Tab Baru

Firefox 13 Aurora Didatangkan Dengan Rekabentuk Halaman Tab Baru

Diterbitkan pada Mac 20, 2012 oleh .

Sejak daripada tahun lepas, rekabentuk antaramuka baru untuk Firefox merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai. Dan nampaknya, beberapa perkara yang dinantikan telah pun mula kelihatan melalui Firefox 13 Aurora yang sedia dimuat-turun oleh semua bermula daripada hari ini.

Dengan memasang Firefox 13 Aurora, salah satu perkara utama yang anda akan perasan adalah halaman tab baru padanya. Melaluinya, ia memperlihatkan sembilan laman yang sering dilawati oleh anda menggunakan pelayar web Firefox, yang mana anda boleh menambah laman-laman kegemaran anda disamping mengubah-suai laman sedia ada yang tersenarai padanya.

Disamping itu, melalui Firefox 13 Aurora, ia turut sama menyertakan beberapa fungsi tambahan, termasuk sokongan autocomplete pada bahagian bar URL ketika anda sedang menaipnya, berbeza dengan sebelum ini yang tidak menawarkan sebarang cadangan ketika anda menaip sesuatu URL.

Ini mungkin hanya sebahagian kecil daripada fungsi-fungsi baru yang dihadirkan pada Firefox 13 Aurora, dimana pembangunnya mengatakan yang mana lebih banyak fungsi baru akan didatangkan bersama-sama dengan pelayar web tersebut kelak.


TIPS & ULASAN