Cari @ Amanz

Pada awal tahun ini, kami di Amanz telah mensasarkan yang mana pembangunan kandungan akan menjadi salah satu perkara utama di Malaysia untuk tahun ini. Dan kini nampaknya, setelah di Malaysia, E-Sentral menawarkan sokongan untuk membeli buku digital terus melalui iPad, kini perkara sama diikuti oleh syarikat telekomunikasi terkemuka negara, dengan melancarkan, Maxis ebuuk.

Jadi, apakah itu Maxis ebuuk? Untuk makluman, Maxis ebuuk menawarkan perkhidmatan seumpama seperti Google Books dan juga iBooks, membolehkan para pengguna memuat-turun pelbagai koleksi buku digital, terus melalui iPad mahupun peranti Android mereka dengan mudah.

Melalui Maxis ebuuk, terdapat pelbagai buku digital yang ditawarkan, termasuk dalam bahasa Inggeris, Malaysia, Cina dan juga Indonesia buat masa ini. Namun, seperti biasa, para pengguna memerlukan nombor telefon Maxis yang sah untuk menggunakan aplikasi ini (untuk membeli mahupun memuat-turun buku digital percuma).

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Maxis ebuuk ini untuk iPad mahupun Android (percubaan kami untuk mengaksesnya melalui peranti Android gagal walaupun tersenarai pada Google Play Market) terus melalui peranti anda dan mencubanya sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd