Draw Something Digunakan Sebagai Sindiran Politik

Draw Something Digunakan Sebagai Sindiran Politik

Diterbitkan pada Mac 21, 2012 oleh .

Aplikasi Draw Something menjadi sesuatu yang hangat diperkatakan kebelakangan ini kerana ia telah memperoleh 30 juta muat turun didalam waktu yang sangat singkat, iaitu 6 minggu, mengalahkan aplikasi dan permainan popular yang lain. Aplikasi yang mudah ini memerlukan pemain meneka lukisan pemain lain dan dihasilkan untuk dua platform: iOS dan Android.

Terbaru, pada hari ini, satu fail gambar di laman Facebook Democratic Action Party (DAP) menyindir salah seorang tokoh politik tempatan terhadap kes National Feedlot Center. Gambar ini ternyata mengambil inspirasi dari konsep permainan aplikasi Draw Something.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan bermain permainan ini, pemain perlu meneka apakah yang dilukis oleh lawan mereka menggunakan huruf-huruf yang sedia ada.

Ini merupakan salah satu perkara yang menarik kerana, dengan bilangan pengguna telefon pintar di Malaysia yang semakin bertambah, di dorong dengan faktor pilihanraya kali ini kebanyakannya adalah pengundi muda yang mengundi buat kali pertama, DAP dilihat melakukan kempen atas talian yang agresif di dalam memperoleh undi golongan muda. Selain daripada aplikasi Draw Someting, pada pilihanraya Sarawak yang lalu, DAP menggunakan elemen Angry Birds sebagai kempen mereka.


Angry Birds Versi DAP [Sumber]

Terdahulu beberapa minggu lepas terdapat satu aplikasi yang dilancarkan bertujuan untuk mendedahkan apa yang telah dilakukan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sepanjang beliau memerintah. Trend sebegini yang menggunakan teknologi internet dilihat bakal mendominasi pilihanraya Malaysia ke-13 yang disasarkan akan berlaku pada tahun ini.

(Versi Bahasa Inggeris untuk artikel ini boleh dibaca disini)


TIPS & ULASAN