Twitter Mula Memperluaskan Sokongan Pengiklanan Pada Platform Mudah-Alih

Twitter Mula Memperluaskan Sokongan Pengiklanan Pada Platform Mudah-Alih

Diterbitkan pada Mac 21, 2012 oleh .

Sejak daripada tahun lepas, Twitter telah pun mula memperkenalkan iklan pada laman web Twitter.com melalui sokongan Promoted Tweets. Memandangkan kebanyakkan pengguna mengakses Twitter menggunakan aplikasi mudah-alih dan pihak ketiga, hari ini, Twitter memperluaskan sokongan Promoted Tweets kepada peranti mudah-alih, dimana para pengguna Twitter untuk iOS dan juga Android akan mula melihat iklan pada Timeline mereka.

Memandangkan bilangan tweet pada sesuatu masa itu amat tinggi, maka berkemungkinan ia tidak begitu menganggu para pengguna. Namun, ia masih menguntungkan pengiklan, dimana iklan mereka turut diperlihatkan pada hasil carian berkaitan, dan juga pada bahagian trending dan sebagainya.

Pihak Twitter sendiri, kini memperkenalkan kempen khas, dimana syarikat pengiklan boleh mensasarkan kempen mereka mengikut peranti, samada pada desktop, laptop, peranti iOS mahupun Android. Mungkin selepas ini kita akan terus dapat melihat ia turut diintegrasikan pada TweetDeck dan beberapa aplikasi Twitter yang lain.


TIPS & ULASAN