Rang Undang-Undang Teknologis Dan Juruteknik 2012 Kini Dalam Perbincangan

Rang Undang-Undang Teknologis Dan Juruteknik 2012 Kini Dalam Perbincangan

Diterbitkan pada Mac 21, 2012 oleh .

Tahun ini, mungkin kita akan dapat melihat pelbagai akta baru berkaitan dengan dunia IT dan teknologi dibincangkan, bukan sahaja pada peringkat antarabangsa, tetapi turut di Malaysia. Selepas perkara berkaitan dengan Akta Perkomputeran Professional (CPB) diperbincangkan pada tahun lepas, kini kelihatan, pihak berkuasa turut sama dalam perancangan untuk memperkenalkan Akta dan Undang-Undang Teknologis dan Juruteknik.

Melaluinya, fokus utama untuk akta dan undang-undang tersebut adalah untuk menubuhkan Badan Teknologis Malaysia, yang mana berfungsi sebagai tulang belakang dalam mendaftarkan dan mengiktiraf para juruteknik dan juru teknologi di Malaysia.

Buat masa ini, pihak MOSTI telah pun menerbitkan draft untuk akta tersebut, dan boleh dimuat-turun dalam bentuk PDF untuk rujukan dan pembacaan anda, selain menghantarkan maklumbalas melalui [email protected]

Kami akan cuba membaca dan memahami dokumen tersebut, dan mengulasnya dengan lebih lanjut melalui artikel akan datang.


TIPS & ULASAN