Cari @ Amanz

Pada September tahun lepas, Spotify telah mengatakan yang mana mereka akan memperluaskan sokongan ke rantau Asia. Dan nampaknya, mungkin pihak Spotify akan melancarkan perkhidmatan mereka itu di Malaysia seawal tahun ini. Menariknya, selain daripada Spotify, beberapa syarikat lain turut dikatakan akan membawakan perkhidmatan mereka ke Malaysia, termasuk Vevo.

Perkara mengenai kehadiran Spotify, Vevo dan sebagainya ke Malaysia dikongsikan oleh pemilik RotiKaya melalui sebuah tweet yang dihantar beliau hari ini. Memandangkan mereka lebih rapat dengan industri muzik tanahair dan yang berkaitan dengannya, mungkin kita boleh menjangkakan yang mana perbincangan awal antara syarikat rakaman dan juga syarikat penyedia perkhidmatan muzik awan seperti Spotify, Vevo dan sebagainya telah pun dimulakan.

Buat masa ini, perkhidmatan muzik-awan yang hanya boleh dinikmati pengguna adalah WOWLoud, yang mana dibangunkan oleh syarikat tempatan, dan menawarkan pelbagai lagu secara percuma dan juga berbayar melalui platform mereka. Bagi anda yang ingin mengikuti lagu pada komputer, mahupun pada peranti mudah-alih anda, mungkin boleh mencuba WOWLoud hari ini, sementara menunggu Spotify, Vevo dan yang lain-lain dilancarkan di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd