Jualan Tablet Di Malaysia Melangkaui Angka 656,000 Unit Sepanjang Tahun 2011

Jualan Tablet Di Malaysia Melangkaui Angka 656,000 Unit Sepanjang Tahun 2011

Diterbitkan pada Mac 21, 2012 oleh .

Tablet telah menjadi salah satu fenomena sejak tahun lepas, dimana kini ia menjadi salah satu pilihan utama selain daripada komputer riba. Dan mengikut laporan terkini yang dikeluarkan, jualan tablet di Malaysia pada suku tahun ke-4 2011 sahaja telah melangkaui angka 260,000 buah tablet, memperlihatkan peningkatan sebanyak lebih 509% berbanding tahun 2010.

Secara keseluruhan, sepanjang 2011, jualan tablet di Malaysia telah melangkaui lebih 656,000 unit. Peningkatan jualan tablet ini dilihat bukan sahaja disebabkan tawaran harganya yang murah, malah memandangkan para pengguna boleh mendapatkannya melalui syarikat telekomunikasi dan sebagainya juga turut menyumbang kepada peningkatannya sepanjang tahun.

Untuk tahun 2012 pula, jualan tablet disasarkan untuk terus meningkat dengan lebih drastik lagi. Dengan Samsung yang mula menawarkan pelbagai pilihan tablet, dan iPad generasi baru, serta Microsoft yang membangunkan sistem operasi mesra tablet, berkemungkinan kita akan terus melihat jualan tablet di Malaysia meningkat sepanjang tahun ini.


TIPS & ULASAN