Lanjutan daripada laporan berkaitan dengan aplikasi Maxis ebuuk sebelum ini, ia kelihatan, Maxis turut sama telah menyediakan sebuah laman khas untuknya, membolehkan para pengguna membeli terus melalui portal tersebut pada pelayar web anda, berbanding hanya menggunakan aplikasi sahaja.
Namun, kami juga dimaklumkan yang mana Maxis dalam perancangan akhir untuk menyiapkan perkhidmatan Maxis ebuuk ini, dan disasarkan untuk dilancarkan dalam masa seminggu dua lagi.
Ia juga dimaklumkan yang mana Maxis dalam perbincangan antara beberapa syarikat penerbitan tempatan, dan mungkin menyertakannya pada platform Maxis ebuuk kelak. Buat masa ini, daripada katalog yang diperlihatkan, ia hanya menyertakan buku-buku berbahasa Inggeris sahaja.
Mungkin kita akan mendapat lebih banyak maklumat lanjut mengenainya, menjelang pelancaran Maxis ebuuk kelak.