Steve Jobs Pernah Memanggil Linus Torvalds Menyertai Apple

Steve Jobs Pernah Memanggil Linus Torvalds Menyertai Apple

Diterbitkan pada Mac 21, 2012 oleh .

Salah seorang tokoh kuat dibelakang Linux adalah Linus Torvalds yang menyumbang pelbagai perkara dalam komuniti sumber terbuka, dan menetapkan arah teknikal yang terbaik untuk Linux. Melalui temuramah eksklusif yang dilakukan oleh Wired hari ini, ia kelihatan, pada satu ketika, Steve Jobs pernah mencuba untuk mendapatkan Linus untuk menyertai dalam pembangunan Mac.

Seperti semua sedia maklum, Steve Jobs mempunyai citarasa yang tinggi dari segi rekabentuk, menjadikan produk Apple berjaya dikalangan pengguna. Manakala untuk Linus Torvalds pula, beliau memiliki kelebihan dari segi teknikal dan citarasa tersendiri padanya. Ini menjadikan Torvalds salah satu aset berguna, dan akan menguntungkan pihak Apple sepenuhnya sekiranya beliau menyertai dalam pembangunan sistem operasi untuk Apple.

Melalui syarat yang diberikan oleh Steve Jobs untuk Torvalds, beliau mahukan pembangunan Linux dihentikan Torvalds. Perkara ini semestinya salah satu perkara yang tidak diinginkan oleh Linus. Dan apatah lagi, sebagai tambahan, menurut Torvalds, beliau tidak menyukai kernel Mach itu sendiri untuk dibangunkan.

Tetapi, apakah akan terjadi kepada komuniti Linux secara keseluruhannya sekiranya Torvalds menyertai Apple pada hari tersebut?


TIPS & ULASAN