Cari @ Amanz

PTS merupakan salah satu penerbit tempatan yang menawarkan pelbagai jenis buku daripada pelbagai kategori, sepenuhnya dalam bahasa Malaysia. Menariknya, hari ini kami mendapati buku-buku daripada PTS Professional sudah pun didapati dalam bentuk digital terus daripada Google Books, dan boleh dibaca secara percuma melaluinya.

Namun seperti biasa, supaya tidak merugikan syarikat PTS sendiri, buku tersebut hanya ditawarkan dalam bentuk sebahagian sahaja, dan bukannya secara keseluruhan. Walaubagaimanapun, bilangan muka surat yang diperlihatkan adalah cukup banyak untuk anda mendapatkan idea awal, dan boleh melakukan tempahan terus melalui pautan yang disediakan, samada terus melalui laman PTS sendiri atau sebagainya, dalam bentuk fizikal.

PTS juga dilihat turut bekerjasama bersama pihak e-Sentral dalam menawarkan buku mereka dalam bentuk digital, terus kepada para pengguna iOS.

Disamping Google Books yang kini telah mula mengintegrasikan buku-buku tempatan, Maxis, salah satu gergasi telekomunikasi tempatan, turut sama bakal melancarkan Maxis ebuuk dalam masa beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd