Twitter Kini Mempunyai Lebih Daripada 140 Juta Pengguna Aktif

Twitter Kini Mempunyai Lebih Daripada 140 Juta Pengguna Aktif

Diterbitkan pada Mac 22, 2012 oleh .

Nampaknya, kini Twitter telah pun beroperasi selama lebih 6 tahun, selepas pembangunnya mula menggunakannya untuk komunikasi secara dalaman, sebelum memperkenalkannya kepada umum. Bersempena dengan ulang-tahun perkhidmatan sosial yang semakin popular itu, Twitter turut berkongsi beberapa data berkaitan dengan mereka kepada umum hari ini.

Perkhidmatan yang membenarkan pengguna untuk mengemaskini dengan menggunakan 140 aksara itu, kini mempunyai lebih daripada 140 juta pengguna secara aktif. Melaluinya, lebih daripada 340 juta Tweet dihantar setiap hari oleh para penggunanya, menjadikan jumlah Tweet yang dihantar dalam masa tiga hari melangkaui angka 1 billion.

Di Malaysia sahaja, Twitter turut telah menjadi salah satu medium komunikasi antara pemimpin, artis, selebriti dan ramai lagi menerusinya, dan popularitinya semakin berkembang dari hari ke hari. Beberapa syarikat turut menyediakan sokongan khidmat pelanggan menerusi Twitter, memperlihatkan potensinya yang akan terus berkembang sepanjang tahun mendatang.


TIPS & ULASAN