Cari @ Amanz

Seperti mana yang dinantikan ramai, akhirnya, hari ini Google telah pun mengaktifkan YouTube Malaysia, membolehkan para pembangun kandungan tempatan mengambil peluang daripadanya, disamping pengguna pula mendapatkan dan melayari kandungan yang dihasilkan pengguna tempatan dengan mudah. Untuk mengumumkan perkara ini, Google dijangka akan mengadakan sidang akhbar sekitar pukul 6 petang kelak.

Melaluinya, sokongan bahasa Malaysia turut diketengahkan, selain turut memperlihatkan iklan yang lebih relevan kepada pengguna tempatan. Namun, bagi kami, salah satu fungsi yang menarik padanya adalah sokongan melihat video-video tempatan yang popular, dan sebagainya mengikut kategori yang disediakan oleh YouTube, seterusnya mengetahui apakah popular dikalangan pengguna tempatan pada sesuatu masa itu.

Kami akan cuba mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan dengan syarikat-syarikat tempatan yang akan mula menawarkan kandungan mereka melalui YouTube Malaysia secara rasmi kelak, apatah lagi dengan sokongan YouTube Partner Program yang diaktfkan untuk pengguna tempatan. Antara mereka yang disasarkan adalah termasuk Maxis, MAS dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh melayari laman YouTube Malaysia dengan melakukan pilihan secara manual pada bahagian bawah YouTube dengan memilih Malaysia, ataupun terus menaip URL YouTube.com.my ataupun YouTube.MY pada pelayar web anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd