Daya Ketahanan iPad Baru Lebih Lemah Berbanding Sebelumnya?

Diterbitkan pada Mac 22, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple telah pun melancarkan iPad generasi baru sebelum ini, yang membawakan skrin resolusi tinggi bersama-sama dengannya. Dan bersama-sama dengannya beberapa maklumbalas diterima, seperti susah untuk dicas, cepat menjadi panas, dan terkini melalui video drop test ia memperlihatkan iPad baru ini lebih mudah rosak berbanding yang sebelum ini.

Melalui ujian yang dilakukan, iPad baru dibandingkan dengan iPad 2, dimana kelihatan iPad 2 tahan lebih sedikit berbanding iPad baru, walaupun masih terdapat kerosakkan padanya. Kerosakkan yang diterima oleh iPad baru ketika dijatuhkan juga kelihatan lebih banyak berbanding sebelum ini.

Walaupun ianya hanya sekadar ujian sahaja, dan mungkin iPad anda tidak jatuh dari ketinggian tersebut, faktor kelasakkan turut menjadi salah satu perkara utama dalam memilih gajet-gajet baru.

Kami sendiri masih ternanti-nanti untuk melihat tablet dengan sokongan ketahanan seperti Xperia Active dilancarkan kepada umum. Tetapi adakah perkara itu mungkin?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami